fbpx

JPA serah Laporan Interim 1 Kajian SSPA kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima Laporan Interim 1 Kajian SSPA daripada Mohd Zuki semalam.

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyerahkan Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Laporan itu diserahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

JPA dalam satu hantaran di Facebook berkata, ia diserahkan kepada Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 1/2024 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Fokus utama mesyuarat sudah tentulah penumpuan terhadap inisiatif yang boleh menyumbang ke arah meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

“Di akhir mesyuarat, Ketua Setiausaha Negara bersama KPPA menyerahkan Laporan Interim 1 Kajian SSPA kepada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Anwar telah mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA akan dibuat sepenuhnya bermula 2025.

Justeru, kajian berhubung sistem saraan itu dijalankan secara menyeluruh khususnya kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI