fbpx

Fadillah tutup mulut isu peletakan jawatan Wan Junaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika ditemui media selepas menghadiri taklimat mengenai status Loji Rawatan Air Telibong Fasa II hari ini.

TUARAN – Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof enggan mengulas mengenai perletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pihaknya bakal mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu dalam tempoh terdekat.

“Tentang perkara itu (peletakan jawatan Wan Junaidi) jangan dulu.

“Tunggu nanti saya keluarkan kenyataan nanti. Buat masa sekarang belum lagi,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri taklimat mengenai status Loji Rawatan Air Telibong Fasa II hari ini.

Terdahulu, media semalam melaporkan Wan Junaidi yang juga pemimpin parti GPS dikatakan sedang bersiap sedia menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelapan menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.

Wan Junaidi pada tahun lalu menerima tawaran selaku Speaker Dewan Negara untuk menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI