fbpx

EPL: Arsenal tidak miliki pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berharap kem latihan di Dubai mampu meningkatkan prestasi mereka serta menyelesaikan isu ketumpulan jentera serangan. - FB ARSENAL

LONDON – Kehadiran semula dua pemain yang cergas daripada masalah kecederaan nyata melegakan pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang terdesak untuk mengubah nasib pasukan itu menjelang aksi menentang Crystal Palace di Emirates malam ini.

Gabriel Jesus dan Fabio Vieira yang kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan utama ketika kem latihan di Dubai memberikan harapan baharu ketika Arsenal gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan termasuk berdepan tiga kekalahan berturut-turut.

Masalah prestasi yang dialami itu turut menyebabkan Arsenal tersingkir daripada saingan Piala FA selain terlepas gelaran peneraju takhta Liga Perdana Inggeris sekali gus menyaksikan perlawanan menentang Palace cukup penting buat The Gunners.

Sekiranya perlawanan di Emirates malam ini menyaksikan Arsenal gagal kembali ke landasan kemenangan, mereka seharusnya mula menekan butang panik, namun tugas menjinakkan Palace pastinya tidak mudah.

Pengulas bola sepak England, Chris Sutton berpendapat bahawa Arteta perlu mempersiapkan pasukan terbaik berdepan Palace kali ini kerana hanya tidak mata sahaja mampu meredakan tekanan.

“Palace disingkir oleh Everton pada aksi Piala FA, tetapi anda dapat lihat bahawa sebahagian fikiran mereka diletakkan untuk perlawanan menentang Arsenal. Anda tahu apa yang mampu dilakukan oleh Roy Hodgson, beliau mampu kecewakan Arsenal.

“Mereka mempunyai kualiti untuk mengecewakan Arsenal, Arteta perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan, mereka hanya meledak dua gol dalam empat perlawanan biarpun memiliki 74 percubaan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI