fbpx

Bas awam elektrik diuji di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Pelancaran Kilang EV TBE di Klang, Selangor pagi ini.

PETALING JAYA – Sebanyak dua buah bas elektrik Tron Bradbury Energy (TBE) akan mula beroperasi secara ujian di Shah Alam, Selangor awal Februari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jika ujian itu berjaya, 130 buah bas elektrik akan beroperasi secara berperingkat di seluruh Selangor.

“Kenderaan Elektrik (EV) bukan sekadar kereta sahaja, malah turut melibatkan pengangkutan awam. Soalan cepu mas. Bila kita boleh lihat bas EV TBE beroperasi di Malaysia?

“Tak perlu tunggu lama pun. Insya-Allah, seawal bulan Februari, dua buah bas elektrik TBE akan mula beroperasi secara ujian di Shah Alam.

“Kerajaan akan terus menyokong dan membangunkan industri automotif tempatan. Pembangunan industri ini boleh menarik pelaburan berkualiti, meningkatkan perdagangan dan menawarkan pekerjaan bergaji lebih tinggi untuk rakyat kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, TBE bakal mengubah operasi pemasangan mereka di Zon Bebas Pelabuhan Klang menjadi kemudahan pembuatan untuk EV seperti bas, lori dan van elektrik serta Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS)

Tambah beliau, TBE juga bakal mewujudkan fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bateri di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI