fbpx

Warga emas tunggang basikal maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI warga emas maut digilis treler di Kilometer 68, Jalan Tapah-Kuala Lumpur, Tapah kelmarin.

TAPAH – Seorang lelaki warga emas maut akibat digilis treler dalam kejadian di Kilometer 68, Jalan Tapah-Kuala Lumpur dekat Bidor kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 82 mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 9 pagi membabitkan basikal ditunggang mangsa dan sebuah treler membawa muatan besi.

Katanya, ketika kejadian, kenderaan berat dipandu lelaki berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Ipoh.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, treler berkenaan telah bergesel dengan basikal yang berada di ‘blind spot’ sebelum menggilis mangsa.

“Mangsa yang cedera parah maut di lokasi kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor P. Prathiparaj di talian 014-6178095 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI