fbpx

Hulk Hogan selamatkan gadis guna pen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hogan dengan pantas menusuk pen itu pada beg udara untuk mengeluarkan mangsa. - Instagram/Hulk Hogan

TAMPA, FLORIDA – Ahli gusti terkenal, Hulk Hogan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan yang terlibat dalam kemalangan dengan menggunakan sebatang pen, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Hogan bergegas membantu seorang gadis berusia 17 tahun yang terperangkap di dalam kereta selepas kenderaan dinaiki mangsa terbalik di sebatang jalan di Tampa, negeri Florida pada petang 14 Januari lalu.

Dia menggunakan sebatang pen untuk meletupkan beg udara yang menyebabkan mangsa terperangkap  di dalam kereta ketika kejadian.

Dalam satu hantaran dalam aplikasi X, Hogan berkata: “Perkara paling menakutkan ketika kereta itu terbalik ialah tiada pisau untuk menusuk beg udara bagi mengeluarkan mangsa. Maka sebatang pen digunakan, semuanya baik-baik sahaja sekarang.”

Jabatan Polis Tampa kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa yang terlibat dalam nahas itu terselamat dan hanya cedera ringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI