fbpx

23 maut akibat letupan kilang bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap hitam naik ke udara selepas letupan di sebuah kilang bunga api berhampiran perbandaran Sala Khao di wilayah Suphan Buri, Thailand semalam. - AFP

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas sebuah kilang bunga api meletup di tengah Thailand semalam.

Gambar dikongsikan oleh perkhidmatan penyelamat tempatan memaparkan serpihan logam berselerak di atas tanah dengan kepulan asap hitam naik ke udara di lokasi kejadian.

Letupan itu berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) berhampiran perbandaran Sala Khao di tengah wilayah Suphan Buri.

“Kami menerima laporan daripada pasukan Pelupusan Ordinan Letupan (EOD) bahawa 23 orang disahkan maut,” kata gabenor wilayah Suphan Buri, Nattapat Suwanprateep.

Tambah Nattawat, pihak berkuasa kini masih menyiasat punca letupan tersebut.

“Kilang itu beroperasi secara sah dengan lesen yang sah,” katanya.

Anggota polis yang berada di lokasi kejadian memaklumkan bahawa kawasan sekitar kilang itu tidak mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.

“Tingkap kaca sebuah rumah pecah akibat letupan namun tiada laporan kerosakan lain,” tambahnya.

Leftenan Jeneral Polis, Naiyawat Phacdemchid berkata: “Anggaran terdapat 20 kematian, bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan angka kematian rasmi.”

Menurutnya, anggota polis sedang menutup kawasan sekitar dan akan mula mengenal pasti mayat apabila keadaan menjadi stabil. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI