fbpx

Televisyen tembus cahaya tanpa wayar mengagumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Visual kediaman menjadi lebih luas dan terbuka menerusi susun atur televisyen lutsinar.

SYARIKAT produk elektronik dan teknologi, LG Electronics (LG) melancarkan TV OLED lutsinar tanpa wayar pertama di dunia.

Dikenali sebagai LG Signature OLED T, televisyen ini menggabungkan skrin OLED 4K lutsinar serta teknologi penghantaran video dan audio untuk mengubah pengalaman skrin yang mengagumkan.

Menurut kenyataan LG, OLED T memberikan pengguna kebebasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk mengatur ruang kediaman mereka dengan teliti.

“Televisyen ini dilengkapi dengan kualiti gambar LG OLED dikuasakan oleh pemproses AI (Alpha) 11 baharu.

“LG Signature OLED T membebaskan pengguna daripada skrin hitam dominan yang bersaing dengan hiasan di rumah mereka.

“Mengekalkan saiz skrin 77 inci, OLED T dan paparan lutsinar inovatifnya diselaraskan dengan persekitarannya,” katanya.

Tambahnya, secara praktikalnya, televisyen ini seolah-olah tidak kelihatan apabila dimatikan, skrin tembus yang cantik juga membantu menjadikan ruang kediaman dirasakan lebih besar, luas dan terbuka.

Skrin OLED lutsinarnya menghilangkan kekangan biasa yang lazim berlaku kepada ruang rumah oleh televisyen konvensional.

Televisyen tidak perlu lagi diletakkan di dinding. Sebaliknya, pengguna boleh meletakkan OLED T di tengah-tengah bilik untuk menjadi pembahagi atau menyandarkannya pada tingkap tanpa menyekat pandangan di luar.

“Dengan Zero Connect Box ia membolehkan teknologi sambungan tanpa wayar untuk menghantar imej dan bunyi 4K ke OLED T.

“Ia juga membolehkan pengguna meletakkan televisyen mereka di mana-mana sahaja.

“Tanpa kabel antara Zero Connect Box dan OLED T, pengguna boleh menikmati persekitaran tontonan yang bersih dan bebas kabel,” ujarnya.

Reka bentuk modular LG OLED T juga memudahkan kaedah pemasangan yang pelbagai.

LG Signature OLED T juga membolehkan pemilik menemui bentuk hiburan baharu selain menawarkan pengalaman tontonan menarik.

Ia menjadi kanvas digital lutsinar untuk mempamerkan karya seni, video atau foto dengan ciri Always-On-Display (AOD).

Kandungan yang dipaparkan pada skrin lutsinar kelihatan terapung di udara, namun pada masa yang sama selari dengan ruang sekeliling untuk mencipta kesan visual dan atmosfera yang menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI