fbpx

Sempat minta maaf sebelum mati dengan kesan kelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di Triang, Bera hari ini

BERA – Seorang suri rumah ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah rumah di Triang, di sini hari ini.

Polis menerima panggilan daripada kakitangan Jabatan Kesihatan pada pukul 9 pagi bagi memeriksa mangsa yang terbaring dalam bilik air dan dengan lehernya berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir berkata, terrdapat kesan kelar di leher si mati.

“Kami menemui nota tulisan tangan dipercayai ditulis mangsa yang meminta maaf dengan apa yang berlaku dan menyuruh adik-beradiknya menjaga anak-anaknya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, kertas nota itu dihantar kepada pihak forensik bagi tujuan pengesahan. Berdasarkan siasatan awal, wanita itu mengalami kemurungan dan tidak dapat tidur sejak sebulan lalu.

“Setakat ini kita percaya ia bukan membabitkan kes samun atau bunuh. Walau bagaimanapun siasatan masih diteruskan. Saya harap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI