fbpx

Lagi kes lelaki didakwa buat onar terhadap anak tiri di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH berdepan 12 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya, sejak Mac tahun lalu. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang juruteknik swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 12 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak tirinya sejak Mac 2023.

Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah bag kesemua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam

Lelaki itu didakwa merogol anak tirinya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Merlimau, Jasin pada Mei 2023 dan bulan ini.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual menggunakan objek terhadap mangsa sama di lokasi sama pada Mac 2023 hingga bulan ini. Perbuatan itu dilakukan pukul 2 petang hingga 11 malam di lokasi sama pada Mac 2023 hingga bulan ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM70,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan masih menanggung ibu yang berusia 72 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka setiap bulan.

Tertuduh dan pihak lain juga dilarang menghubungi dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI