fbpx

Hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut diramal berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Terengganu iaitu di Kemaman.

“Seterusnya Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya dalam hantaran sama.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/j) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI