fbpx

Hetty Koes Endang ‘tolak’ majlis Putera Mateen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Hetty Koes Endang terlepas peluang beraksi dalam konsert diraja sempena perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha kerana mempunyai komitmen persembahan di Singapura.

MAJLIS perkahwinan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah yang berlangsung selama 10 hari menjadi tumpuan seluruh dunia.

Antara personaliti yang tampak teruja mengikuti acara gilang gemilang itu adalah penghibur tersohor Hetty Koes Endang.

Penyanyi senior popular itu antara personaliti bertuah apabila mendapat jemputan menghiburkan tetamu kenamaan pada majlis tersebut.

Namun, Hetty yang mesra disapa Bunda itu terpaksa menolak pelawaan berkenaan disebabkan sudah lama membuat persediaan untuk konsert di Singapura.

Perkara tersebut didedahkan anaknya, Afifah Yusof menerusi perkongsian tangkap layar perbualan dengan penyanyi terbabit dalam media sosial.

Ramai peminat berkongsi rasa teruja, apatah lagi daripada perbualan anak-beranak itu Hetty diundang menghiburkan tetamu kenamaan DiRaja Brunei untuk tiga acara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI