fbpx

Syarikat pindah pejabat ke gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat tersebut berpindah ke Pergunungan Qinling yang mengambil masa selama dua jam untuk perjalanan sehala. – Wikimedia Commons

BEIJING – Sebuah syarikat pengiklanan di China dituduh sengaja memindahkan pejabatnya dari bandar ke sebuah kawasan pergunungan sebagai taktik untuk memaksa pekerja berhenti tanpa perlu membayar pampasan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Syarikat beribu pejabat di bandar di Xi’an, wilayan Shanxi itu memindahkan operasi ke kawasan terpencil yang mempunyai pilihan pengangkutan terhad serta tidak mempunyai kemudahan asas.

Menurut bekas pekerja firma itu yang dikenali sebagai Chang, majikan memberitahu kakitangan bahawa syarikat akan berpindah ke Pergunungan Qinling. Lokasi itu  mengambil masa  dua jam untuk perjalanan sehala dari Xi’an.

“Rakan sekerja yang tidak mempunyai kereta terpaksa menaiki bas yang tersedia setiap tiga jam dan berjalan  3 kilometer di laluan bergunung-ganang untuk tiba di pejabat,” katanya.

Tambahnya, pekerja wanita juga terpaksa berjalan ke kampung terdekat untuk menggunakan tandas selain kehadiran banyak anjing liar membuatkan persekitaran amat berbahaya untuk kakitangan berjalan kaki di situ.

Menurut Chang, meskipun ramai pekerja membuat aduan kepada syarikat mengenai masalah mereka, tiada sebarang tindakan diambil sehinggakan 14 daripada 20 kakitangan terpaksa meletak jawatan.

Namun, Chang berkata, empat hari selepas mereka meletak jawatan, syarikat berkenaan kembali berpindah ke bandar Xi’an dan mula mencari pekerja baharu secara aktif.

Ia membuatkan mereka berasa tertipu dan menuduh syarikat itu sengaja berpindah pejabat sebagai usaha memaksa mereka berhenti tanpa perlu membayar pampasan.

Selepas perkara itu tular, syarikat berkenaan menepis dakwaan tersebut dan mengugut menyaman bekas pekerjanya.

“Sewa di Daerah Pusat Perniagaan adalah tinggi dan pejabat baharu sedang diubah suai. Kami mengendalikan rumah penginapan, jadi kami berpindah sementara di sana selama seminggu,” kata jurucakap syarikat berkenaan.

Perkara itu kemudian dinafikan bekas pekerjanya yang mendakwa mereka diberitahu majikan bahawa lokasi di kawasan pergunungan tersebut akan dijadikan ibu pejabat untuk tempoh yang lama melebihi setahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI