fbpx

Lelaki sepak jatuh penunggang motosikal wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menyepak motosikal dinaiki wanita di Sleman, Sabtu lalu. - Foto Instagram/Istimewa

JAKARTA  – Seorang wanita terjatuh dari motosikal yang ditunggang selepas disepak oleh seorang lelaki yang menaiki basikal di sebuah persimpangan lampu isyarat, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.

Setelah motosikal wanita itu ditendang, lelaki yang mengayuh basikal itu meninggalkan tempat kejadian tanpa menunjukkan rasa bersalah. Kejadian itu berlaku Sabtu lepas  di Sleman, wilayah Pulau Jawa.

Ia  dirakam oleh  kamera papan pemuka sebuah kereta yang berada berhampiran lokasi kejadian sebelum dimuat naik dan menjadi tular di laman sosial.

Wanita itu kelihatan sukar untuk bangun semula setelah ditimpa motosikalnya.

Bagaimanapun, orang ramai   mengangkat motosikal mangsa bagi membolehkan dia berdiri semula.

Netizen kemudian memberikan komen tentang kejadian itu dengan ada menyatakan pernah melihat kejadian serupa.

“Aku pernah berjumpa dengannya (lelaki itu) ketika mahu pergi ke tempat kerja dekat Lempunyang,” tulis seorang netizen.

Menurutnya, lelaki berbasikal itu mungkin mengalami gangguan jiwa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI