fbpx

‘Gaji penyampai radio swasta cecah RM150,000 sebulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH NAWI mendedahkan gaji atau pendapatan penyampai radio mampu mencecah RM150,000 sebulan.

PETALING JAYA – Dramatis yang pernah berkecimpung dalam dunia penyiaran radio, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan pendapatan penyampai radio swasta boleh mencecah RM150,000 sebulan.

Fauziah, 71, bagaimanapun berkata, gaji atau pendapatan mereka yang bekerja dengan radio kerajaan adalah yang paling rendah.

“Ada yang RM150,000 sebulan. Ada juga yang lebih.

“RM5,000 hingga RM40,000 itu biasa untuk sesebuah radio swasta. Radio kerajaan yang paling rendah,” ujarnya dalam ruangan komen Facebook.

Sebagai juruhebah atau penyampai radio, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 – Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, Non Stop Music and Before We Say Goodnite, Radio 3 Ibu Kota – Fascinating Malaysia, dan Radio 1 – Manis-Manis Garam.

Paparan skrin pendedahan dramatis, Fauziah Nawi bahawa gaji penyampai radio boleh mencecah RM150,000 sebulan. – FACEBOOK.

Terdahulu, nama penyampai radio Tyzo, 48, menjadi sebutan selepas kontraknya di stesen radio Suria FM ditamatkan secara tiba-tiba.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dilapor berjanji mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi pemberhentian kontrak Tyzo di Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Jumaat lalu, Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan.

Sumber memaklumkan, Tyzo bersikap ‘demanding’ termasuk menuntut kenaikan gaji terutama selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP35) tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI