fbpx

Saksi lelaki maut terjatuh bangunan di Lembah Subang sedang dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Taman Putra Damai, Lembah Subang, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 42 tahun disyaki telah terjatuh dari tingkat atas bangunan ke atas tanah di belakang rumah penduduk.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di beberapa bahagian badan.

“Kita masih belum mendapat maklumat tentang pekerjaan mangsa manakala kertas siasatan mati mengejut (SDR) telah dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu dalam siasatan pihak polis.

“Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mazli Jusoh @ Che Kob di talian 010-8073939.

“Seterusnya, boleh hubungi balai polis Kelana Jaya di talian 03-78062222 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI