fbpx

Pendakwa raya berkuasa teruskan pendakwaan, bukan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun (tengah) ketika hadir pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di PICC di Putrajaya. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/Kosmo!

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, ialah kuasa pendakwa raya dan bukannya mahkamah.

Tengku Maimun berkata, apabila pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, mahkamah hanya mempunyai dua pilihan sahaja.

Ia sama ada membenarkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DAA) atau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

“Di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi kesalahan selain di hadapan Mahkamah Syariah.

“Apabila pendakwa raya memutuskan untuk menarik balik pertuduhan, mahkamah hanya mempunyai satu daripada dua pilihan berbangkit yang sangat terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman.

Berucap lanjut dalam ucapannya, Tengku Maimun memberitahu, mahkamah tidak boleh berpaling (daripada dua pilihan tersebut) dan menggesa pendakwa raya untuk mengekalkan pertuduhan.

Katanya, apabila pertuduhan ditarik balik, Hakim yang membuat satu-satunya perintah pula, berbangkit akan disifatkan sebagai rasuah, kadangkala sebagai tidak cekap atau kadangkala kedua-duanya.

“Apa yang orang awam gagal faham ialah orang yang bertanggungjawab untuk keputusan itu ialah pendakwa raya dan bukannya mahkamah. Selalunya Mahkamah yang dihukum sehingga menghakis keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menegaskan Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai hak untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan.

Tegas beliau, beliau berkata, ia termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan selain AGC harus diberi ruang untuk melaksanakan fungsinya dengan baik dalam berdasarkan Persekutuan Perlembagaan dan mana-mana undang-undang bertulis tanpa diganggu.

“Pihak berkepentingan mesti memahami peranan pendakwa raya,” katanya.

Semasa berucap, Ahmad Terrirudin turut berikrar akan mengheret individu yang menyalahgunakan dan memanipulasi isu 3R (Raja, agama, kaum) ke muka pengadilan menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI