fbpx

Salam Perantauan 25 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saya serta anak-anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat keluarga tercinta yang berada di Gombak, Selangor dan Pasir Puteh, Kelantan.
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhuwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

Daripada: Zaim, Wani, Aisyah dan Adam
Lokasi: Okpo, Geoje-si, Korea Selatan

 

Salam Aidilfitri yang penuh keberkatan daripada kami, para pelajar Malaysia di University of Leeds, United Kingdom. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kedamaian dan kejayaan kepada kita terutama buat keluarga dan sahabat-sahabat di tanah air. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Zachary Chai, Nurdamia Aimi, Nur Aimi Farhani
dan Wan Muhammad Aidil
Lokasi: University of Leeds, United Kingdom

 

Saya, Muhammad Ikhlas dan isteri, Fatin Najiha ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali kami terutamanya ibu bapa, adik-beradik serta sanak saudara di Taiping, Ipoh dan Batu Kurau, Perak. Tidak dilupakan buat sahabat handai yang berada di Malaysia. Selamat menyambut hari raya dalam kemeriahan dikelilingi keluarga terdekat. Taqabballahu minna wa minkum.

Daripada: Ikhlas dan Najiha
Lokasi: Parramatta, Australia

 

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat keluarga tercinta yang berada di Baling, Kedah dan Mutiara Rini, Johor Bahru. Salam rindu buat kalian semua.

Daripada: Muhammad Kashfi Shabdin, Nurhazimah Nazmi
dan Muhammad Nuruddin
Lokasi: Saitama, Jepun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.