fbpx

Kereta saya pernah diludah – Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYUK mengakui melalui kehidupan yang cukup perit selepas terpalit kontroversi curang.

PETALING JAYA – Terpalit isu curang sehingga rumah tangga musnah, pelawak Shuk Sahar mengakui melalui detik yang cukup memeritkan apabila dirinya dibenci ramai orang.

Jelas Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, selain teruk dikecam kereta miliknya pernah diludah seorang individu ketika sedang makan di Pulau Pinang.

“Pernah ada seorang mak cik nampak saya dan terus membisikkan sesuatu kepada anaknya sambil tunjuk reaksi benci.

“Ingat sampai situ sahaja tetapi apabila dia lalu di sebelah kereta saya, saya nampak dia meludah,” dedahnya dalam sebuah podcast.

Meski panas hati dengan perbuatan wanita terbabit, pelakon filem Adnan Sempit 2 itu hanya mendiamkan diri kerana sedia maklum dengan ‘cancel culture’ atau satu bentuk pemulauan sosial.

“Rasa nak bangun kerana marah tetapi waktu itu kes saya tengah meletup, orang kedai pula pandang saya semacam.

“Jadi, saya tidak buat apa-apa. Itu tahap cancellation rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Shuk berdepan krisis rumah tangga dengan bekas isterinya, Sera kerana didakwa bermain kayu tiga dengan wanita lain yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Berkali-kali ‘kantoi’ dan tidak tahan dengan kemelut berpanjangan, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah nekad memfailkan cerai pada Mac 2022 sebelum mereka sah berpisah pada 27 Mac tahun lalu.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurnikan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatul Aimi kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI