fbpx

Hebatnya Muhammad Alif, sampai terbang roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ALIF menunjukkan skil menebar roti canai di gerai bapanya di Beseri, Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Kelincahan seorang murid darjah lima me­nebar roti canai ‘terbang’ membuatkan ramai pengunjung ­teruja sekali gus menjadi tarikan di gerai milik bapanya di Beseri, dekat sini.

Muhammad Alif Fattah Muhamad Ali, 11, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Beseri, di sini, pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan menebar roti canai selain turut menerima undangan persembahan dari luar Perlis termasuk di ­Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Alif Fattah, dia sangat berminat menebar roti canai dan mendapat tunjuk ajar daripada bapanya yang juga seorang penebar roti canai.

Selain itu, katanya, dia turut mempelajari teknik dan kemahiran menebar roti melalui video.

“Saya mula belajar menebar roti canai ketika berusia sembilan tahun. Minat ini timbul selepas saban hari melihat ayah menebar roti canai sehingga terdetik rasa untuk mempelajarinya,” katanya ketika ditemui di gerai bapanya di Beseri, di sini kelmarin.

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Muhammad Ali Nordin, 43, berkata, dia sentiasa menyokong minat anaknya itu dan memberi tunjuk ajar bagi menguasai kemahiran menebar roti canai tanpa mengabaikan akademik.

“Pada peringkat awal, saya memberi tunjuk ajar tentang asas menebar roti canai dan apabila anak sulung saya ini menguasainya barulah diajar skil roti terbang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI