fbpx

Mawar Rashid makin jelita lepas menjanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas berpisah dengan Raf Yaakob, penampilan Mawar Rashid semakin seksi namun kekal anggun.

SEJAK dah kembali solo, pelakon Mawar Rashid nampaknya dah mula ‘pasang badan’. Nak-nak selepas tidak lagi bertudung.

Semakin seksi pula Diva tengok. Rasanya, penampilan Mawar kelihatan lebih ‘terbuka’ berbanding dengan imejnya sebelum berhijab suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran beberapa keping foto yang dimuat naik Mawar dalam Instagram, pelakon itu dilihat meluangkan masa di sebuah villa. Sedang bercuti agaknya.

Sambil mengenakan gaun tanpa lengan dengan potongan kain ‘terbelah’ sehingga paras paha, Mawar kelihatan semakin jelita.

Bukan Diva sahaja yang terkesima, ramai pengikut Mawar turut memuji dirinya kelihatan lebih ‘glow up’. Mungkin selepas melalui fasa sedih selepas bercerai, Mawar memikirkan sudah tiba masanya untuk dia kembali bangkit.

Malah, ada dalam kalangan pengikutnya mahu menjadikan Mawar sebagai sumber inspirasi. Bagaimana seorang wanita itu bangkit semula melawan kesedihan dan kegagalan dalam rumah tangga.

Malah, ramai juga mendoakan yang baik-baik buat Mawar supaya menjalani kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

DIVA: Baru awal tahun sudah macam-macam kontroversi berlaku dalam dunia hiburan. Pening!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI