fbpx

Fatin Afeefa ‘warning’ suami jangan berani kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Fatin Afeefa memberi amaran bua suaminya, Aliff Awang jangan sesekali berani menduakan dirinya.

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang pada tahun lalu, jarang betul dengar cerita tentang pelakon Fatin Afeefa dalam media sosial.

Kalau ada pun, mungkin tentang kes mahkamah tuntutan nafkah anak yang masih belum berkesudahan.

Terbaharu, Diva ada ternampak satu hantaran InstaStorynya memaparkan dia menghadiahkan barangan jenama mewah sempena ulang tahun kelahiran suaminya, baru-baru ini.

Namun, di sebalik hadiah mewah itu, terselit mesej lucu tetapi berbaur amaran Fatin buat suaminya.

“Sama-sama sayang. Saya harap awak tidak kahwin lain.

“Jadi Aliff Awang, bukan Aliff lain okey,” katanya ringkas.

Lucu pula Diva rasa, Aliff lain yang buat hal, semua Aliff kena pukul rata.

Apapun, Diva yakin Aliff milik Fatin ini tidak akan buat hal, kita doakan yang terbaik.

DIVA: Pelik dan naik ‘pening’ tengok video mesra Aliff Aziz dengan Sophia Albarakbah ketika berlakon bersama tular kembali dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI