fbpx

Tiada makluman atau arahan tutup Uniten – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uniten mahu menjadi pusat kecemerlangan akademik dan penyelidikan tenaga di peringkat global. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menerima sebarang makluman atau arahan berkenaan cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Memaklumkan perkara itu, Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. kadir berkata, pihaknya telah membuat semakan berkenaan perkara tersebut, namun masih belum menerima maklum balas berkenaan penutupan kampus berkenaan.

“Tidak ada berita itu disampaikan kepada saya walaupun ada mendengar mengenai perkara itu (penutupan Uniten Kampus Muadzam Shah).

“Pegawai kanan saya telah buat semakan, dan setakat ini saya masih belum menerima sebarang keputusan berkenaan penutupan Uniten seperti yang diperkatakan,” katanya ketika ditemui selepas Landasan Hala Tuju KPT di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pihaknya turut meminta Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (KPPT), Prof Dr. Azlinda Azman untuk memeriksa kesahihan perkara itu.

“Beliau (Azlinda) mengesahkan tidak menerima sebarang makluman rasmi dari pihak Uniten berhubung penutupan kampus itu,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kerajaan Pahang tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan universiti terbabit dan mahu keputusan itu dikaji semula.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dua hari lalu.

“Penutupan pengoperasian Uniten tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Azlan Abu Bakar juga menegaskan, keputusan penutupan United bakal memberi kesan tidak baik kepada rakyat berkaitan pengajian anak-anak muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI