fbpx

Skuad Perkeso Prihatin Teluk Intan santuni pesakit strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Junai dah (tengah) dan Suhaimi (di atas katil) ketika menerima kunjungan wakil Perkeso dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di kediaman mereka di Pasir Salak hari ini.

PASIR SALAK – Penderitaan seorang lelaki yang diserang strok di Parit 2B, Jalan Sungai Manik di sini mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Teluk Intan apabila pihak berkenaan menyantuninya hari ini.

Pengurus Perkeso Hilir Perak, S. Mageswari berkata, pihaknya memahami penderitaan yang dialami Suhaimi Ramli, 53, dan Skuad Perkeso Prihatin terpanggil untuk membantu meringankan beban ditanggungnya.

“Oleh itu, kami cuba meringankan bebannya dengan menyampaikan barangan keperluannya seperti tilam, lampin dewasa dan lain-lain untuk tempoh selama dua bulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tentang Suhaimi yang dijaga sepenuh masa oleh isterinya, Junaidah Saidin, 49, setelah diserang strok sehingga membuatkannya tidak dapat bekerja lagi.

Pada masa sama, Mageswari berkata, Suhaimi selaku Orang Berinsurans (OB) yang turut mempunyai penyakit kencing manis mengalami penyakit strok kini terlantar di kediamannya.

“Menurut semakan awal yang dilakukan oleh kami, OB pernah membuat tuntutan ilat dan Jemaah Doktor Perkeso mendapati dia belum mencapai tahap keilatan,” katanya.

Sementara itu, Junaidah berkata, dia berasa gembira dan terharu menerima bantuan daripada Perkeso kerana sedikit-sebanyak membantunya dalam urusan penjagaan suaminya itu.

“Biarpun saya buntu mencari wang untuk keperluan suami, tindakan Perkeso membantu kami adalah amat dihargai. Syukur, Alhamdulillah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI