fbpx

MYAirline: Boleh beroperasi semula, perlu tunai dua syarat – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) tidak akan dibenarkan beroperasi semula jika syarikat penerbangan itu belum melunaskan tunggakan gaji kakitangan serta membuat bayaran balik kepada penumpang.

Itu tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kepada syarikat itu jika mahu mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) untuk beroperasi semula.

Menurutnya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat itu hari ini bagi mendengar sendiri cadangan mereka dan status terkini syarikat berkenaan.

“Kita akan bertemu dengan mereka hari ini. Apa sahaja permohonan yang mereka ingin buat, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi jika mereka mahu memulakan semula operasi.

“Pertama, mereka perlu berusaha memastikan ‘refund’ dibuat, kedua, apa sahaja (gaji) tertunggak terhadap kakitangan perlu dibayar dan jika mereka boleh memenuhi dua syarat ini, baru kita boleh berbincang, jika tidak, ‘no way’,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kenyataan dibuat Loke itu susulan laporan berita mengaitkan bahawa MYAirline telah memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli dengan pelabur dari Timur Tengah pada akhir Disember 2023.

Sumber berkata, menerusi perkembangan baharu itu, MYAirline boleh melaksanakan usaha untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI