fbpx

FAM serah RM99,845 untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh (tiga dari kiri) menyaksikan penyampaian "mock cheque" bernilai RM99,845 oleh FAM kepada Perhilitan untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

PETALING JAYA – Sebanyak RM99,845 daripada hasil jualan tiket perlawanan antarabangsa skuad Harimau Malaya diserahkan kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, “mock cheque” sumbangan tersebut diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

“Kutipan sumbangan ini hasil jualan tiket tiga perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang berlangsung pada Oktober dan November 2023 yang mana RM1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung ini.

“Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 adalah RM131,408 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Kempen Selamatkan Harimau Malaya dilancarkan pada Mac 2019 sebagai mempergiat usaha memulihara kewujudan spesis terancam tersebut.

Harimau Malaya turut menjadi gelaran atau jolokan buat pasukan bola sepak kebangsaan.

Hannah Yeoh berkata, kolaborasi KBS dan FAM itu menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam.

“Ini adalah satu misi yang ‘izhar’ (jelas) buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan harimau Malaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI