fbpx

Dua beradik cedera dirempuh lori agensi penyelamat menang saman RM1.12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kota Bharu. - Gambar hiasan

KOTA BHARU – Dua beradik menerima pampasan sebanyak RM1.12 juta termasuk faedah dan kos selepas menang saman apabila mereka cedera teruk akibat dirempuh lori sebuah agensi penyelamat di Jalan Pantai Damat, Bachok dekat sini kira-kira dua tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Ahmad Bazli Badruddin pada Selasa lalu selepas meneliti segala bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua plaintif, Ag Ku Syaiful Nizam Ag Ku Maidin, 26, dan adiknya, Awangku Syakil Daniel,19,.

Menurutnya, selain itu, mahkamah turut menimbangkan keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan dan hujahan kedua-dua pihak.

Katanya, defendan dalam kes tersebut iaitu Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, Mohd. Salwi Mohamed dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab penuh dan membayar ganti rugi kepada kedua-dua plaintif.

Kedua-dua plaintif itu memfailkan saman melalui Tetuan Kuay & Partners terhadap kedua-dua defendan.

Naimi Syahira Mohamad selaku peguam Peguam Persekutuan mewakili defendan

Sebelum ini, dua beradik itu menaiki motosikal jenis Honda RSX dirempuh lori milik sebuah agensi penyelamat yang memasuki ke laluan bertentangan pada 13 Jun 2022.

Kemalangan itu menyebabkan Ag Ku Syaiful Nizam cedera pada betis kanan, pergelangan lengan kanan dan luka pada kaki kiri manakala adiknya cedera pada sebelah kanan kepala, paha kanan dan mulut.

Sementara itu, peguam kedua-dua plaintif, Nor Anis Hisham berkata, mahkamah memutuskan defendan perlu membayar ganti rugi am dan khas kepada kedua-dua anak guamnya.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku telah mengakibatkan kesakitan dan kesengsaraan kepada kedua-dua plaintif.

“Plaintif pertama telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan. Plaintif kedua pula mengalami kecederaan pada bahagian kepala, paha dan lain-lain kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI