fbpx

Warga emas bebas tuduhan edar 300.9 kg methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Zulkefli (tengah) untuk mendengar keputusan kes yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang warga emas menangis dan melakukan sujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 300.9 kilogram (kg), lima tahun lalu.

Peguam tertuduh, Ahmad Nurie Ab. Rahman turut melakukan sujud syukur di dalam mahkamah selepas Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas memutuskan keputusan itu.

Mohamad Abazafree membuat keputusan tersebut selepas pihak peguam bela berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan terhadap tertuduh, Zulkefli Mohd. Yatim, 62, yang sebelum ini bekerja sebagai buruh.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, mahkamah menilai semua aspek daripada pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan.

“Berdasarkan keterangan, tertuduh berada di tepi jalan dan tidak berada di dalam van yang membawa dadah tersebut ketika tangkapan dilakukan.

“Selain itu, van itu juga bukan milik tertuduh. Kenderaan itu dipinjamkan kepada tertuduh oleh individu lain. Jadi, mahkamah mendapati orang lain turut boleh mengakses van berkenaan,” ujarnya.

Mohamad Abazafree berkata, pada masa sama, tiada usaha daripada pihak pendakwaan untuk mengesahkan jenama van berkenaan dan mahkamah turut mendapati keterangan tertuduh lebih kukuh.

Menurutnya, justeru, mahkamah memutuskan pihak pembelaan berjaya membangkitkan keraguan munasabah dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI