fbpx
Gambar hiasan.

Selebriti hidup mewah scam pembeli minyak wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang selebriti terkenal didakwa telah mengaut keuntungan dan hidup mewah dengan memperdayakan orang ramai menerusi penjualan minyak wangi dalam talian yang dijualnya pada harga melebihi RM150 sebotol.

Ramai pembeli meluahkan rasa kecewa di pelbagai platform media sosial kerana mendakwa ditipu selebriti terbabit apabila mi­nyak wangi yang ditempah tidak diterima mereka, malah hadiah yang dijanjikannya sekadar tarikan sahaja.

Ada juga pembeli yang mene­rima produk wangian itu, namun barang yang dihantar pula tidak seperti yang dibeli selain diterima dalam keadaan rosak.

Ketika dihubungi Kosmo!, sumber Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan telah menerima aduan berkaitan jenama minyak wangi selebriti terkenal itu sejak 2021 dan laporan terus diterima sehingga tahun ini.

Sumber memberitahu, ratusan mangsa dipercayai telah diperdaya dalam pembelian mi­nyak wangi itu, tetapi tidak membuat tindakan sepatutnya serta melaporkan jumlah kerugian yang dialami.

“Kami telah meminta pengadu terbabit supaya membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut.

“TTPM mempunyai kuasa untuk mengarahkan individu terbabit membayar ganti rugi sekiranya terbukti bersalah,” katanya.

Sementara itu, seorang pembeli yang ingin dikenali sebagai Zulkifli, 49, berkata, dia telah membeli minyak wangi berkenaan pada November tahun lalu selepas tertarik dengan promosi yang dilakukan selebriti tersebut.

“Saya beli minyak wangi itu pada harga RM170 dan dikatakan bakal menerima hadiah lain berbentuk beg tangan, namun sehingga hari ini barang tersebut tidak diterima.

“Apabila saya menghubungi admin jualan di WhatsApp, awalnya dia maklumkan akan berikan tracking number bungkusan, tetapi selepas itu terus hilang dan tidak respons,” ujarnya.

Katanya, susulan itu dia telah membuat laporan kepada KPDN dan akan membuat laporan polis sekiranya perkara itu tidak di­selesaikan sehingga hujung bulan ini.

Seorang lagi pembeli dikenali Lokman, 32, memberitahu, dia membeli minyak wangi itu pada 2022 dan admin jualan memberikan alasan telah kehabisan stok.

“Dia beritahu saya mereka terpaksa mengambil masa me­nunggu bekalan baharu sampai, tetapi sehingga hari ini saya tidak terima apa-apa minyak wangi biarpun telah membayar wang.

“Saya tertarik untuk membelinya selepas mendengar iklan produk itu di saluran media, jadi saya tidak mengesyaki ada sebarang unsur-unsur penipuan,” katanya.

Bagi Harith, 27, pula, dia me­nerima barangan daripada jenama berkenaan, tetapi produk yang diberikan adalah berbeza daripada yang dipersetujui.

“Saya tunggu sampai tiga bulan akhirnya minyak wangi tu sampai, namun bukan bau yang saya mahu, bau wangian lain.

“Walaupun dapat, tetapi saya rasa tertipu kerana yang diberikan produk lain tanpa persetujuan,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! di media sosial pula mendapati ramai pembeli mendakwa pesanan mereka masih belum diterima meskipun telah dibeli dalam tempoh lima bulan.

Seorang pembeli turut berkongsi telah menerima produk dibeli, namun barang tersebut diterima dalam keadaan rosak.

“Kecewa, saya harap ada tindakan kepada penjual ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN