fbpx

Saksi tak tahu pemilik 17 gambar kemaluan lelaki dalam telefon Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom sekitar pukul 9 pagi tadi.

PETALING JAYA – Saksi kelapan perbicaraan kes pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, Inspektor Yip Chang Ching, 40, memaklumkan Mahkamah Majistret bahawa dia telah mengenal pasti 17 gambar kemaluan lelaki melalui analisis telefon bimbit pendakwah terbabit.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada gambar tersebut ialah milik Ebit Lew ataupun individu lain.

Perkara itu dimaklumkan semasa menjawab soalan pemeriksaan balas peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Ram Singh.

Chan Ching juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pasti jika fakta borang permohonan analisis berkaitan dengan Ebit Lew.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas seterusnya menolak kemungkinan bahawa 17 gambar yang diekstrak adalah untuk memalukan Ebit Lew.

Dalam keterangannya lagi, Chang Ching memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak melakukan ekstrak terhadap siapa yang menghantar atau kepada siapa 17 gambar kemaluan lelaki itu dihantar.

Ram kemudian menamatkan sesi pemeriksaan balasnya sementara laporan daripada LGMS yang hanya tersedia pada tarikh perbicaraan seterusnya.

Terdahulu, Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI