fbpx

Polis tangkap 9 lelaki Yahudi bina terowong rahsia di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEROWONG rahsia Yahudi dibongkar pihak berkuasa New York, Isnin lalu. - Foto NBC New York

NEW YORK  –  Polis New York memberkas sembilan lelaki komuniti Yahudi Hasidic selepas mereka menggali sebuah terowong rahsia yang dihubungkan dengan  saumaah (rumah ibadat orang Yahudi) di New York, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Mereka didakwa kerana melakukan jenayah khianat, tidak mempedulikan bahaya dan menghalang tugas kakitangan awam.

Terdahulu, semua lelaki itu bergaduh dengan anggota-anggota polis yang tiba di terowong tersebut.

Terowong tersebut dibina di bawah jalan raya di Brooklyn, di lokasi berhampiran ibu pejabat komuniti Yahudi itu.     

Pasukan pemeriksa bandar raya dipanggil pada Isnin lalu untuk melakukan pemeriksaan struktur dan meluahkan rasa bimbang kerana terowong haram yang dibina mungkin menyebabkan kerosakan terhadap bangunan bersejarah tersebut.

Satu pergaduhan berlaku selepas polis mendapati sekumpulan lelaki muda menghalang usaha untuk memeriksa dan mengambus terowong tersebut dengan mereka akhirnya ditangkap.

Setakat ini, tidak jelas siapa yang membina terowong itu tetapi ia menghubungkannya dengan sebuah lagi bangunan di sebarang jalan raya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI