fbpx

Polis Semporna rampas 20 kilogram dadah bernilai hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 20 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dirampas polis Semporna di kawasan tebing bebatuan berhampiran jeti umum daerah berkenaan pada 3 Januari lalu. -Foto: Ivan Amirul

SEMPORNA – Sebanyak 20 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dirampas polis Semporna pada 3 Januari lalu.

Dalam operasi pukul 6.30 pagi itu, kegiatan sindiket pengedaran dadah berkenaan didalangi tiga lelaki berusia lingkungan 36 hingga 38 tahun dan semua semua suspek terbabit berjaya ditahan di kawasan tebing bebatuan berhampiran Jeti Umum Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, hasil pemeriksan, polis berjaya menemui 20 bungkusan plastik hitam berisi ketulan mampat bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Setiap beg berkenaan mengandungi 10 bungkusan hitam dengan anggaran berat kasar hampir satu kilogram. Anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah lebih kurang 20,227.4 gram dan bernilai hampir RM1 juta,” katanya.

Mohd Farhan berkata, siasatan awal juga mendapati semua dadah yang dirampas ini disyaki untuk diedarkan ke negara jiran dan dianggarkan jumlah satu kilogram dadah boleh digunakan seramai 5,000 penagih.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI