fbpx

Koleksi kereta Sultan Brunei RM23 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Rolls-Royce bersalut emas ini dibuat untuk majlis perkahwinan puteri Sultan Hassanal. – Getty Images

BANDAR SERI BEGAWAN – Koleksi kenderaan peribadi milik pemerintah  Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dianggarkan bernilai AS$5 bilion (RM23.2 bilion) yang terdiri daripada lebih 7,000 buah kereta, lapor laman berita VNExpress kelmarin.

Koleksi kereta baginda dianggap koleksi kereta peribadi terbesar dunia dan turut menampilkan model keluaran khas Bentley, Ferrari, BMW dan McLaren F1 LM.

Antara kenderaan milik Sultan Hassanal ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Bentley Dominator unik bernilai kira-kira AS$80 juta (RM371 juta), Porsche 911 dengan pakej kuasa X88, Rolls-Royce Silver Spur II bersalut emas 24 karat dan beberapa model berprestij lain. 

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, menaiki takhta pada 1967.

Menurut laman berita India Times, baginda ialah antara kerabat diraja paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan AS$30 bilion (RM139.2 bilion) pada 2022. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI