PETALING JAYA – Habib Jewels memperkenalkan Koleksi Anyaman dengan rekaan moden bermotif tradisional masyarakat Malaysia sebagai produk terbaharu barangan kemasnya pada tahun ini.
Diinspirasikan daripada keunikan budaya seni kraftangan, rekaaan itu menggabungkan unsur-unsur asli bersama elemen kontemporari serta disulami
keunggulan tradisi.
Habib Jewels berkata, salah satu rekaan ialah rantai leher berlian tiga serangkai dengan seni anyaman.
“Rekaan bak dokoh kerongsang itu dihasilkan dengan penuh kehalusan serta sentuhan kepakaran gah, digarapkan bersama emas kuning 18K dan dihiasi berlian 8.52 karat.
“Klip belakang memberikan dua pilihan membolehkan pemakai menggayakan tiga kepingan itu sebagai kerongsang,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, set inspirasi daripada kelarai flora pula dihasilkan menggunakan emas ros 18K.
“Ia mengandungi rantai leher, cincin dan gelang tangan dengan rekaan senada dan dihiasi berlian 7.51 karat,” katanya.
Set batu permata pula dilengkapi kilauan emas 18K dan disusun sempurna dengan kluster batu safir merah jambu 18.17 karat.
Koleksi Anyaman bukan sahaja sesuai untuk melengkapi gaya harian pemakai, malah bentuknya diadaptasikan dengan penuh artistik dan estetik.
















