fbpx
Azam menunjukkan beberapa jenis kenderaan mewah yang tidak disewa orang ramai untuk balik kampung.

T20 pilih kereta Axia, Alza sewa balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Trend balik kampung beraya dengan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah sewa tahun ini dilihat tidak begitu popular berbanding tahun lalu.

Beberapa syarikat sewaan kereta mewah dan MPV di ibu negara memberitahu, kebanyakan kenderaan tersebut masih lagi banyak dan tidak disewa.

Menurut mereka, berban­ding tahun lepas, kebanyakan kende­raan tersebut sudah habis ditempah sehingga hujung Sya­wal ketika berbaki dua minggu sebelum raya.

Menurut Pengarah Urusan AHMJ Lu­xury Car, Azam Junoh, 39, ketika ini tidak sampai separuh daripada 100 buah kereta dan MPV mewah yang diuruskan syarikatnya ditempah pada tahun ini.

Jelasnya, kenderaan terbabit terdiri daripada Toyota Alphard, Vellfire, Harrier, Camry serta beberapa buah kenderaan mewah seperti Mercedes dan BMW.

“Tahun ini MPV mewah dan supercar kurang mendapat tempahan. Tidak sampai separuh (50 biji) ditempah tahun ini.

“Kebanyakan yang menempah juga hanyalah influencer dan content creator untuk promosi produk masing-masing. Berban­ding tahun lalu yang menempah ada juga individu dan kalangan mereka yang berkeluarga,” kata­nya kepada Kosmo!.


Kenderaan lebih ekonomi menjadi pilihan orang ramai untuk disewa pulang berhari raya di kampung.

Azam sebaliknya berkata, tahun ini pihaknya banyak mendapat tempahan untuk kenderaan kelas ekonomi seperti Perodua Axia, Myvi, Alza dan Bezza.

Ujar beliau, sewa bagi harga kereta itu juga jauh lebih murah iaitu sekitar RM110 hingga RM180 sehari berbanding MPV mewah antara RM950 hingga RM1,100 sehari.

“Walaupun kenderaan mewah pada tahun ini tidak begitu popular, namun permintaan terhadap kenderaan kelas ekonomi ini sa­ngat tinggi. Rata-rata tempahan juga dari golongan B40 hingga T20.

“Mungkin ramai yang mencatu bajet tahun ini disebabkan telah banyak berhabis untuk persiapan persekolahan dan raya sebelum ini. Sebab itu, ramai yang memilih kenderaan ekonomi untuk pulang ke kampung.

“Sehingga kini lebih 150 buah kenderaan jenis ekonomi sudah ditempah sejak awal Ramadan lalu dan syarikat terpaksa memajak beberapa kenderaan daripada orang perseorangan dan syarikat lain,” ujarnya.

Turut berkongsi kisah sama ialah sebuah lagi syarikat sewa kereta Marha Empire Car Rental yang memaklumkan permintaan tinggi pada tahun ini adalah untuk kereta jenis ekonomi.

Malah, katanya, pada tahun ini trend balik kampung dengan kenderaan mewah sewa dilihat ‘sendu’ apabila hanya separuh daripada kira-kira 100 buah kenderaan terbabit ditempah.

Menurut jurucakap syarikat itu, kira-kira 50 buah kereta jenis ekonomi sudah licin ditempah pelanggan sejak beberapa minggu lalu.

“Berbanding tahun lepas MPV dan kereta mewah menjadi rebutan serta habis ditempah, tetapi tahun ini kebanyakan pelanggan memilih kereta ekonomi,” jelas­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN