fbpx

Kerajaan Papua New Guinea berjanji banteras rusuhan selepas 15 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERUSUH membawa barang yang dicuri di kedai-kedai semasa kekacauan di Port Moresby semalam. – AFP

PORT MORESBY – Perdana Menteri James Marape berjanji akan membanteras ‘anarki’ susulan rusuhan di Papua New Guinea yang menyaksikan 15 orang terbunuh, manakala kumpulan perusuh membakar bangunan dan menjarah kedai-kedai. 

Keganasan meletus di ibu negara Papua New Guinea, Port Moresby petang semalam selepas sekumpulan askar, anggota polis dan pengawal penjara mengadakan protes terhadap kerajaan.

Dalam tempoh beberapa jam, rusuhan merebak ke bandar Lae, sekitar 300 kilometer ke utara Port Moresby.

Hari ini, Marape meminta maaf kepada negara berkenaan dan menyatakan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

“Saya mahu bercakap hari ini, bercakap kepada rakyat dan negara ini.

“Ini adalah negara anda seperti mana negara saya. Melanggar undang-undang tidak akan dapat mencapai matlamat tertentu,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Polis, David Manning mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh semasa rusuhan awam berlaku.

Hospital terbesar di Port Moresby merawat 25 orang kerana terkena tembakan di samping enam individu yang cedera akibat tikaman, demikian menurut angka yang diberikan kepada AFP.  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI