fbpx

Kelibat makhluk asing di puncak bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARA merakamkan makhluk asing (dalam bulatan) di sebuah bukit di Pulau Ilha do Mel, baru-baru ini. - Foto TikTok/@gerha38

BRASILIA  – Seorang pendaki menyatakan bahawa dia berjaya merakamkan dua kelibat makhluk asing setinggi lebih 3 meter di Pulau Ilha do Mel, Brazil, lapor portal berita MailOnline semalam.

Sara Dalete dari Brasilia merakam makhluk ganjil itu ketika dia berada bersama keluarganya di pulau berkenaan, baru-baru ini.

Rakaman video itu menjadi tular di platform X dan Instagram.

Dalam satu rakaman video Sara, makhluk asing itu dilihat berdiri di atas sebuah bukit.

Makhluk asing itu menggerakkan lengannya dengan cepat.

Namun, sebilangan netizen di media sosial tidak mempercayai kelibat itu adalah makhluk asing.

Seorang pengguna laman  X menganggap makhluk itu ialah seorang pendaki yang berjalan dengan menggunakan dua tongkat.

Terdapat juga netizen yang mengulas tentang imej makhluk tersebut yang kabur. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI