fbpx

Jabatan Perikanan lawat sungai tular ikan asing dilepaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang wanita membeli ikan asing dan kemudiannya melepaskan ikan tersebut ke dalam sungai di daerah Rembau menerima kecaman netizen.

SEREMBAN – Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) sudah meninjau lokasi ikan asing dilepaskan yang tular di media sosial sehingga menerima banyak kecaman netizen, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, ketika lawatan mendapati ikan yang dilepaskan di situ telah tidak kelihatan dan berkemungkinan telah mati atau dimakan spesis lain.

Menurutnya, video yang tular di media sosial berkenaan adalah video lama yang berlaku di Jeram Sungai Talan, Kampung Bintongan pada Oktober tahun lalu.

“Wanita berkenaan telah hadir ke Pejabat Perikanan Daerah Rembau pada bulan yang sama selepas video berkenaan tular dan mendapat kecaman netizen.

“Lawatan hari ini mendapati ikan yang dilepaskan di situ telah tidak kelihatan. Pihak kami telah bertemu orang di Kampung Batu yang menjaga kawasan tersebut dan beliau memaklumkan ikan-ikan tersebut telah tidak kelihatan dan kemungkinan telah mati atau dimakan oleh spesis lain,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI