fbpx

Kadar pengangguran menurun – DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan kadar pengangguran pada November lalu mencatatkan penurunan kepada 3.3 peratus kepada 569,200 orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan berkenaan.

Keadaan itu menunjukkan pertumbuhan pesat ekonomi semasa dengan pertambahan bilangan penduduk bekerja yang berterusan sementara pengangguran terus menurun.

“Bilangan penganggur pada November 2023 terus menunjukkan penurunan sebanyak 0.3 peratus kepada 569,200 orang berbanding 570,900 pada bulan sebelumnya.

“Oleh itu, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada November 2023 kepada 17 juta orang. Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan sama kekal pada 70.1 peratus, sama seperti bulan sebelumnya.” katanya.

Beliau memberitahu, bilangan penduduk bekerja pada bulan sama terus meningkat dengan pertambahan mencecah 16.43 juta orang berbanding bulan sebelumnya 16.4 juta orang.

“Daripada jumlah bilangan penduduk bekerja pada November 2023, sebanyak 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja.

“Pada masa sama, kategori penduduk bekerja sendiri berada dalam trend menaik, meningkat 0.3 peratus kepada 2.99 juta orang.

“Dalam pada itu, mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif merangkumi 79.9 peratus daripada jumlah penganggur.

“Kategori ini turun sebanyak 0.6 peratus kepada 454,500 orang berbanding bulan sebelumnya 457,200 orang,” katanya.

Ujarnya, tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, 61.8 peratus adalah mereka yang menganggur kurang tiga bulan, sementara 6.3 peratus lagi merupakan mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

“Penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya tiada pekerjaan tersedia, meningkat 0.8 peratus kepada 114,700 orang berbanding Oktober yang mencatatkan 113,800 orang,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI