fbpx

Banjir Johor ‘merebak’ ke Batu Pahat pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH penduduk di Kampung Parit Lapis Semarang, Batu Pahat digenangi air selepas banjir mulai melanda sekitar daerah Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat dengan seramai 8,257 mangsa ditempatkan di 55 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat pukul 1 petang tadi.

Batu Pahat menjadi daerah ketujuh di negeri ini yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri sejak awal bulan lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah itu melibatkan sejumlah 2,279 buah keluarga.

“Batu Pahat menjadi daerah baharu yang turut terjejas apabila seramai 48 mangsa dipindahkan ke dua buah PPS yang telah dibuka.

“Sementara itu, Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas ketika ini dengan seramai 4,739 mangsa dipindahkan ke 26 buah PPS, diikuti Johor Bahru dengan seramai 1,955 mangsa di 12 buah PPS.

“Manakala Kluang menyaksikan seramai 1,308 mangsa ditempatkan di sembilan PPS; Segamat seramai 99 mangsa di empat buah PPS; Kulai seramai 86 mangsa di sebuah PPS dan Pontian seramai 22 mangsa di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI