fbpx

Konflik Palestin-Israel: 519 askar Zionis maut dalam perang Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH askar Israel dalam satu operasi di tengah Gaza kelmarin. - Foto AFP

TEL AVIV – Seramai 519 askar Israel maut ketika menentang pejuang Hamas dalam peperangan di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, lapor laman berita Al Mayadeen yang memetik media Israel semalam.

Askar-askar Rejim Zionis yang cedera pula adalah seramai 1,042 orang dengan 223 berada dalam keadaan kritikal.

Seramai 45 anggota lagi masih menerima rawatan berterusan tetapi berada dalam keadaan kritikal.

Jumlah itu didedahkan ketika para pejuang Palestin terus mempertahankan Gaza yang menyebabkan empat kematian dan tujuh cedera di pihak tentera Israel pagi semalam.

Media Yahudi turut melaporkan bahawa sembilan pegawai Israel dan askar Rejim Zionis terbunuh, manakala yang lain cedera dalam dua serangan dalam tempoh 24 jam lalu di Gaza. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI