fbpx

Zii Jia bosan ulang ‘comeback stronger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui sudah bosan untuk mengulangi kata-kata ‘comeback stronger’ setiap kali mencatat kekalahan dalam setiap perlawanan.

Terbaharu, pemain No.11 dunia itu tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu sebentar tadi.

Justeru, dia berharap untuk menamatkan kemarau kejuaraan tersebut bagi memastikan dia tidak lagi mengulangi perkataan-perkataan yang boleh dianggap sekadar ‘menyedapkan’ hati.

“Saya tidak ada pilihan kerana ada menang dan kalah. Saya benci nak jawab lagi ‘comeback stronger’, macam sudah bosan untuk cakap benda sama pada setiap hari. Bagaimanapun, saya tetap positif dan tidak mudah mengalah.

“Tidak tahu bila saya boleh berdiri di sini dan cakap saya sudah menang dan menjadi juara, namun saya harap boleh cakap seperti itu satu hari nanti. Bukan sahaja di Terbuka Malaysia, malah kejohanan lain juga,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Mengulas kekalahan dengan Guang Zu, bekas juara Asia itu percaya lawannya menampilkan aksi lebih baik terutamanya dari segi pertahanan selain mengakui, dia ada melakukan beberapa kesilapan.

“Hari ini memang boleh nampak pertahanan Guang Zu sudah semakin baik, terutamanya di set penentuan. Kesabaran saya juga sudah semakin tipis sehingga ada melakukan kesilapan mudah,” ujar Zii Jia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI