fbpx

Warisi ‘darah’ Kapoor, anak Alia Bhatt bermata biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA baru-baru ini buat pertama kali mendedahkan wajahnya anaknya untuk dirakam media.

PEMINAT pasangan sensasi Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor tidak lagi kempunan mahu melihat wajah puteri mereka, Raha yang selama ini disembunyikan.

Terbaharu, wajah si kecil berusia 13 bulan itu ditunjukkan Alia ketika muncul dalam sebuah acara bersempena sambutan Krismas.

Raha mencuri perhatian ramai terutama paparazi yang tidak berhenti me­rakam gambar serta video wajah comel dengan matanya yang berwarna biru.

Ketika itu, si kecil yang dilahirkan pada 6 November 2022 didukung Ranbir sambil diiringi Alia.

Video keluarga kecil terbabit tular sehingga meraih pelbagai komen yang memuji Raha mewarisi baka generasi Kapoor terutama menyamakannya dengan Karisma Kapoor.

Malah tidak kurang juga mengatakan permata hati Alia dan Ranbir tidak ubah seperti datuknya Rishi Kapoor dan serta moyang, Raj Kapoor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI