fbpx

Liverpool perlu korbankan Salah demi Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) dikatakan perlu dijual untuk membolehkan Liverpool mampu membeli Mbappe pada musim panas nanti.

LIVERPOOL – Liverpool perlu bersedia menjual bintang sensasinya, Mohamed Salah untuk menampung dana pembelian penyerang prolifik Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Peluang The Reds untuk mendapatkan Mbappe masih belum tertutup biarpun pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu didakwa sudah mencapai persetujuan menyertai Real Madrid selepas ini.

Ia menerusi perkongsian daripada pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano yang mengeluarkan kenyataan kem Mbappe menafikan bintang berusia 25 tahun itu telah bersetuju untuk berhijrah ke Madrid pada musim panas ini.

“Tiada apa-apa perjanjian atau keputusan telah dibuat mengenai masa depan Kylian (Mbappe) kerana tiada sebarang perbincangan rasmi dilakukan. Juga tiada jenis pengaruh yang boleh menentukan masa perbincangan dan keputusan akhir daripada pihak Kylian,” menurut kenyataan dimuat naik Romano pagi tadi.

Biarpun pintu dilihat kembali terbuka, tetapi Liverpool perlu mempunyai kewangan yang kukuh untuk menandantangi Mbappe yang menerima bayaran gaji tinggi berjumlah £560,000 (RM3.31 juta) seminggu.

Ia tampak mustahil buat skuad bimbingan Jurgen Klopp kerana Salah ketika ini adalah penerima gaji termahal Liverpool bernilai £350,000 (RM2.07 juta) seminggu.

Walaupun ada dakwaan mengatakan Mbappe sanggup menerima gaji lebih rendah, tetapi amaun dimahukan bekas penyerang AS Monaco itu tentunya lebih tinggi daripada yang diterima oleh Salah.

The Reds juga perlu mengeluarkan dana yang besar untuk memberikan bonus perpindahan kepada Mbappe biarpun pemain itu berhijrah ke Anfield secara percuma musim panas nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI