fbpx

Jampi halimunan tidak menjadi, pencuri diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV memaparkan suspek memecah masuk sebuah kereta Mercedes Benz. – MGR Online

BANGKOK – Seorang pencuri di Bangkok yang mendakwa dirinya mempunyai kuasa halimunan diberkas polis selepas melarikan beberapa barangan berharga daripada sebuah kereta, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian pada 23 Disember tahun lalu, pemilik sebuah kereta Mercedes Benz membuat laporan polis selepas keretanya dimasuki pencuri. 

Menurut mangsa, pencuri melarikan dua cermin mata berjenama mewah serta wang tunai berjumlah 9,000 baht (RM1,198) daripada kenderaannya yang diletakkan  berhampiran Tha Tian Pier.

Selepas memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), polis mengenal pasti suspek sebagai seorang lelaki berusia 48 tahun bernama Kachain Sihamart.

Dia diberkas semalam di sebuah rumah di daerah Bangkok Noi.

Suspek  mengaku melakukan perbuatan itu serta mendedahkan bahawa dia tidak menyangka akan ditangkap kerana mempunyai kuasa halimunan.

Menurutnya, dia sering membaca jampi serapah untuk menjadikannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebelum melakukan jenayah.

Menurut laporan, ini  bukan kali pertama suspek melakukan jenayah mencuri, malah dia pernah diberkas pada 2005, 2020 dan 2021 atas kesalahan serupa. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI