fbpx

Hilang akal semasa kejadian, lelaki bunuh tiga individu ke hospital mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang bekas pengawal peribadi terlepas hukuman gantung oleh Mahkamah Rayuan di sini atas sabitan kesalahan membunuh tiga individu termasuk majikannya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang lapan tahun lalu.

Meskipun terlepas hukuman gantung, perayu Ja’afar Halid, 45, diperintahkan ke hospital mental.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah and Datuk S. M. Komathy Suppiah, membebaskan Ja’afar atas pertuduhan berkenaan selepas mendapati lelaki itu tidak waras dan tidak tahu perbuatannya itu menyalahi undang-undang.

Berdasarkan alasan penghakiman dimuat naik dalam sistem pengurusan kehakiman hari ini, mahkamah itu berkata pembelaan Ja’afar berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa dirinya tidak waras ketika kejadian sebagaimana diperuntuk Seksyen 84 Kanun Keseksaan di mana ia tidak terjumlah kesalahan jenayah.

“Menggunakan Seksyen 347 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), mahkamah melepas dan membebaskan perayu kerana melakukan kesalahan semasa hilang akal. Selanjutnya menggunakan Seksyen 348 KPJ, mahkamah memerintahkan perayu dihantar ke Hospital Mental di Perak atau Johor mengikut kesesuaian.

“Mahkamah akan menyediakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi perkenan di bawah Seksyen 348(2) KPJ.

“Rayuan terhadap sabitan dan hukuman dibenarkan, maka keputusan Mahkamah Tinggi atas sabitan dan hukuman diketepikan,” katanya.

Untuk rekod, pada 16 Disember 2020, Ja’afar dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas didapati bersalah membunuh majikan dan dua individu.

Tertuduh, Ja’afar dihukum gantung selepas didapati bersalah membunuh majikannya yang juga ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lagi iaitu penghibur, Choi Hoi Ming, 32, dan penjual bunga, Senthil Murugiah, 38.

Lelaki berkenaan disabitkan dengan pembunuhan itu dengan menembak menggunakan senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Selain itu dia turut dipenjara 15 tahun kerana cuba membunuh lima individu lain iaitu Lee Hong Boon, 59; Nurul Huda Ab Aziz, 42; Puah Bee Joo, 36; Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 32; dan K Arivarni, 37.

Kesemua kesalahan berkenaan dilakukan di Jambatan Pulau Pinang arah selatan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, antara pukul 7.15 hingga 7.30 malam pada 1 Disember 2016.

Dalam penghakiman, Mahkamah Rayuan berkata, tindakan lelaki terbabit ketika kejadian jelas menunjukkannya hilang akal dan tidak tahu apa yang dilakukan.

“Pembelaan perayu bahawa dirinya hilang akal akibat pengambilan dadah jenis methamphetamine dan mengalami halusinasi suara serta lembaga yang menyebabkan tindakan agresif tanpa sedar disokong oleh laporan perubatan.

“Pembelaan perayu menunjukkan dia tiada niat untuk membunuh tiga mangsa dan cuba membunuh lima mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI