fbpx

Sanggup tinggal kekasih elak dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sanggup lari meninggalkan teman wanitanya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam cubaan menyelamatkan diri dari ditangkap polis di Kampung Relong, Penajis, di sini, semalam. -Foto PDRM

REMBAU – Seorang lelaki sanggup lari meninggalkan teman wanitanya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam cubaan menyelamatkan diri dari ditangkap polis di Kampung Relong, Penajis, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian 12 tengah hari itu, semasa anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan di tepi jalan di hadapan Masjid Penajis Kota, anggota telah cuba menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira untuk pemeriksaan, kenderaan tersebut terus memecut ke arah Kampung Relong Penajis lalu sampai di hujung jalan kampung.

“Bagaimanapun, mereka mendapati Jalan tersebut merupakan jalan mati dan kenderaan tersebut telah membuat pusingan ‘U’ dan semasa itu anggota telah keluar untuk menahan Proton Wira tersebut untuk berhenti, namun, Proton Wira tersebut telah cuba merempuh Krew MPV yang cuba menahan lalu terjatuh di atas jalan.

“Proton Wira itu kemudiannya telah terbabas masuk ke tebing sebelah kiri jalan. Pemandu serta dua lelaki telah keluar melarikan diri ke arah belukar, namun seorang perempuan berusia 31 tahun dipercayai teman wanita salah seorang suspek yang melarikan diri telah dapat ditangkap,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Hazri lagi, pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan dan insurans Proton Wira berkenaan telah tamat tempoh pada 9 Februari 2022.

Menurutnya, suspek wanita yang berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, bagi siasatan lanjut.

“Manakala, tiga lagi suspek yang masih bebas iaitu seorang berasal dari Sirusa, Port Dickson, manakala seorang lagi dari Melaka, kini diburu polis,” katanya.

Dalam pada itu, ujar Hazri lagi, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan luka kecil di bahagian kedua-dua siku.

Terdahulu, tular sejak malam tadi video seorang wanita ditangkap selepas cubaan melarikan dirinya gagal di Kampung Relong, Penajis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI