Mohd. Fafiz (tengah, duduk) bersama sebahagian daripada pengedarnya pada satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Figura perluas pasaran ke Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kejayaan sesebuah syarikat selain berjaya mengukuhkan rangkaiannya ha­sil sokongan daripada para pengedarnya di pasaran Semenanjung Malaysia tetapi turut diperkukuh oleh komitmen ejen yang dilantik di Sabah dan Sarawak serta negara jiran dalam pasaran Asia Tenggara.

Acapkali pasaran di Sabah dan Sarawak sering kelewatan untuk diterokai oleh kebanyakan syarikat tempatan kerana keka­ngan destinasi dan jaraknya yang jauh serta faktor lain sedangkan ia merupakan destinasi pe­luang niaga yang dianggap sebagai ‘lubuk emas’ buat mereka yang pandai mengambil peluang.

Bersandarkan ruang dan peluang terbaik itu, Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International) pengeluar produk penjagaan kesihatan, memulakan langkah berani pada tahun baharu ini dengan mengukuhkan lagi operasi perniagaannya ke Malaysia Timur dengan menyasarkan 60 peratus daripada keseluruhan pengedarnya adalah dari dua negeri berkenaan.

Pengasas syarikat, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid berkata, penceburan syarikat di Sabah dan Sarawak telah bermula sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada usahawan di sana.

“Kita akan mengadakan lawatan di setiap daerah di Sabah dan Sarawak bagi mempromosikan perniagaan Figura International khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 untuk menjadi usahawan kami.

“Sambutan yang menggalakkan di Semenanjung Malaysia sejak 2021 telah mengundang permintaan daripada ejen dari Sabah dan Sarawak pula. Mereka terdiri daripada usahawan yang aktif membantu mempromosikan produk kesihatan.

“Testimoni yang baik tentang produk Figura International membuatkan kami menerima banyak pertanyaan daripada ­usahawan Sabah dan Sarawak.

“Kami yakin ini satu petanda yang baik untuk melebarkan operasi perniagaan ke sana,” katanya dalam satu majlis Kick-off 2024 di ibu pejabatnya di Setapak baru-baru ini.

Mohd. Hafiz menerangkan, pihaknya berkeyakinan terhadap segmen pasaran dari Sabah dan Sarawak bakal menyumbang sejumlah besar perolehan jualan kepada Kumpulan pada masa depan.

Buat masa ini, syarikat yang terkenal dengan lima produk keluaran utamanya iaitu Jus Figura S, Figura Coffee Latte, Figura Goat’s Milk, Figura Junior dan Figura Perfect Lotion memiliki kira-kira tujuh ribu pengedar di seluruh negara dan menyasarkan ia bertambah kepada 10,000 orang pada tahun semasa.

Mengulas lanjut, Mohd. Hafiz menjelaskan, melalui sokongan daripada lebih 100 barisan pe­mimpinnya yang terlatih akan lebih agresif memperkenalkan produk perniagaan Figura International di di Sabah dan Sarawak secara berperingkat pada tahun ini.

Melalui inisiatif ini juga, beliau tidak menolak kemungkinan untuk melebarkan lagi sayap pasarannya melepasi sempadan negara hingga ke negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura pada masa depan.

Figura International yang mendapat bimbingan dan ‘sentuhan emas’ daripada tiga pakar penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad, Prof. Dr. Wan Aida Wan Mustapha dan Prof.Noor Hassim Ismail juga telah mengukuhkan jenamanya untuk lebih berdaya saing berbanding pemain lain dalam industri ini.

Bersandarkan faktor tersebut, syarikat telah merancang pelbagai strategi dan aktiviti pemasaran lain bagi mencapai indeks petunjuk utama (KPI) dalam perolehan jualannya pada tahun ini.

“Perolehan jualan sehingga bulan Disember tahun lalu adalah sebanyak 50,000 unit dan kami jangkakan ia bakal tumbuh sekali ganda pada tahun ini,” jelasnya.

Keyakinan tersebut bersandarkan kepada faktor unik sedia ada jenama kukuh Figura International yang didokong oleh tiga pakar penyelidik tempatan itu, aktiviti promosi jualan di seluruh negara dan komitmen pengedar secara online dan juga offline.

Tambah Mohd. Hafiz, keseda­ran masyarakat tentang penja­gaan kesihatan selepas pandemik lalu dengan memilih produk berkualiti juga memberi kelebihan kepada Figura International selain memanfaatkan tawaran harga produk yang mampu milik oleh masyarakat.

Mengulas lanjut, usahawan ini menerangkan, syarikat juga telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi pengedar sebagai usaha menjana pendapatan tambahan dalam keadaan ekonomi yang semakin sukar kini.

Menurut beliau, pengedar yang dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah syarikat itu akan dirai jika mereka mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.

“Seramai 20 pengedar terpilih bakal mengikuti percutian ke Vietnam pada hujung bulan ini dan kami juga akan meraikan mereka yang lain dalam acara tahunan iaitu Figura International Gala Dinner & Award Recognitions yang bakal diadakan di sebuah hotel di Kedah suku pertama tahun ini,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN