fbpx

Tanah mendap, kuarters SK Bandar 2, Pekan dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah mendap yang berlaku berhampiran Kuarters Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Paloh Hinai, pagi tadi.

PEKAN – Seramai 24 mangsa dari lapan keluarga yang menetap di Kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2, Paloh Hinai, di sini terpaksa mengosongkan kediaman mereka berikutan kejadian tanah mendap yang berlaku berhampiran kuarters berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, penghuni bangunan empat tingkat itu diarahkan keluar dan berpindah ke asrama sekolah berkenaan sebagai langkah keselamatan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan dari pihak sekolah memaklumkan tentang kejadian terbabit sekitar jam 8.55 pagi tadi.

“Lokasi tanah mendap ini berhampiran dengan bangunan kuarters terbabit yang diduduki oleh lapan keluarga yang terdiri daripada 14 dewasa dan 10 kanak-kanak. Kesemua penghuni telah diarahkan mengosongkan bangunan dan ditempatkan di asrama sekolah.

“Pihak JKR turut memaklumkan, penyiasatan tanah dan tapak oleh Bahagian Struktur dan Cerun secara terperinci akan dibuat bagi tujuan pembaikan kawasan mendapan tanah,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI