fbpx

‘Tidak kelakar’: Polis saman wanita tunggang bagasi elektrik di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhou dirakam bertengkar dengan polis trafik di jalan raya. - SCMP

BEIJING – Seorang wanita di China disaman selepas menunggang sebuah bagasi elektrik di jalan raya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Wanita dikenali sebagai Zhou itu ditahan ketika melintas simpang jalan yang sibuk di bandar raya Shanghai. Dia dilaporkan menaiki bagasi elektrik untuk ke tempat kerja.

Polis trafik yang menahan Zhou memberitahu bahawa tindakan itu membahayakan nyawanya.

Zhou bagaimanapun terus bertengkar dengan polis dan bertanya sama mereka boleh menghantarnya ke tempat kerja.

Polis berkata, bagasi elektrik dilarang dipandu di jalan raya kerana ia bukan kenderaan bermotor atau kenderaan tidak bermotor seperti basikal.

Menurut polis, beg elektrik itu boleh digunakan di jalan persendirian dan kawasan perumahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI